Sunday, December 9, 2007

KINOTAKARA

KINOTAKARA
Kehidupan rimba menunjukkan bahawa pokok-pokok mempunyai keupayaan semulajadi untuk menyerap bahan-bahan nutrien dari sumber alam bagi membolehkan mereka hidup lama hingga beribu-ribu tahun. Misteri tenaga luar biasa ini menarik perhatian Dr. Takao Matsushita dan Dr. Itsuko Kawase untuk menyelidik dan meleraikan rahsianya. Setelah 26 tahun mengkaji, mereka telah menemui sejenis cuka kayu yang boleh menyerap dan mengeluarkan toksin dari badan manusia. Penyelidikan selanjutnya telah menghasilkan KINOTAKARA-kaedah penjagaan kesihatan alaf baru yang menyedut toksin dari badan manusia dengan mudah, cepat dan berkesan sekali.

Toksin menjejaskan kesihatan
Sama ada disukai atau tidak, pemakanan kita, pencemaran alam sekitar dan proses semulajadi metabolisme akan terus menghasilkan penimbunan toksin di dalam badan kita. Ini pastinya akan mengotorkan kandungan darah kita sekaligus mendedahkan kita kepada pelbagai gangguan penyakit. Oleh yang demikian, untuk menjaga kesihatan dan mengelak dari gangguan tersebut, bendalir bertoksin ini perlu dikeluarkan dan dibuang dari sistem badan kita.

Mengeluarkan toksin dengan cara KINOTAKARA
Permukaan tapak kaki adalah satu bahagian rangsangan yang penting di mana tertumpu lebih 60 titik akupuntur. Ia juga adalah tempat di mana toksin berkumpul.

KINOTAKARA diperbuat dari saripati cuka kayu dan lain-lain bahan semulajadi yang diproses dalam bentuk bungkusan kecil melalui teknologi canggih. Dengan kebolehan menyerap yang ada pada cuka kayu ini, KINOTAKARA akan menyedut toksin dalam badan melalui zon-zon rangsangan di tapak kaki. Fonomena ini akan membersih kandungan darah sekaligus menteraturkan peredarannya. Di samping itu ia juga melegakan otot-otot, mengaktifkan sel-sel badan dan menguatkan sistem imuniti badan.

No comments: