Sunday, December 9, 2007

Kinotakara


KINOTAKARA merupakan produk kesihatan fisioterapi yang terkini di dunia. Produk ini mencerminkan ketabahan ahli perubatan Jepun dalam usaha mereka mencari rumusan bagi membantu manusia memperolehi gaya hidup yang sihat. KINOTAKARA adalah cara semulajadi untuk memperolehi kesihatan dan dengan itu memberi harapan baru kepada mereka untuk membantu mencegah penyakit dan mengekalkan kesihatan.

KINOTAKARA sebaik-baiknya ditampal pada tapak kaki kerana terdapat lebih daripada 360 titik akupuntur pada tubuh badan manusia, dan lebih 60 daripadanya terletak pada tapak kaki. Mengikut teori-teori perubatan Barat dan Timur, tapak kaki mencerminkan kesihatan pelbagai organ-organ penting dan dianggap sebagai “jantung kedua” manusia. Inilah sebabnya ramai daripada kita gemar mengurut kaki untuk melegakan badan dan menggalakkan peredaran darah bagi meningkatkan kesihatan badan.

KINOTAKARA akan menyerap air yang berlebihan dan bahan buangan yang mudarat daripada badan bila ia dilekatkan pada tapak kaki, dan membantu melegakan kesakitan dan bengkak-bengkak.

Selepas menggunakan KINOTAKARA selama 6 jam, serbuk dalam KINOTAKARA akan menjadi lembab dan bertukar warna daripada putih ke warna yang lebih gelap. Bahan berwarna gelap ini adalah bahan buangan daripada badan. Warna yang semakin gelap menunjukkan kesihatan badan semakin teruk. Bila bahan-bahan buangan dikeluarkan daripada badan, maka kesakitan dan bengkak-bengkak juga akan hilang. Kesakitan akan berkurangan selepas KINOTAKARA menjadi lebih kering dan lebih pudar warnanya serta kurang basah .

KINOTAKARA menghasilkan ion-ion negatif dan berkesan untuk meneutralkan ion-ion positif. Menampal KINOTAKARA terus pada tapak kaki boleh membawa banyak faedah kesihatan, terutamanya dalam menguatkan saraf-saraf kita. Ia juga dapat melegakan ketegangan dan tekanan otot. Faedah-faedah lain ion negatif adalah termasuk :
• Menggalakkan metabolisme dan melambatkan proses penuaan
• Mengaktifkan sel, meningkatkan daya imuniti, melegakan kesakitan dan keletihan
• Menggalakkan peredaran darah

1 TORMALIN:
Batu mineral semulajadi yang terdapat di Brazil. Ia mempunyai sifat sinaran ion dan inframerah. Boleh membantu meningkatkan
peredaran darah.
2 KITOSAN:
Diperolehi daripada cengkerang ketam. Mengandungi molekul larut air. Terkenal dengan sifatnya yang dapat mengekalkan
kepanasan dan fungsi memudakan sel.
3 CUKA KAYU :
Diperbuat daripada resin pokok Beech, pokok Sakura dan pokok Oak. Baik untuk menyerap bahan toksin dalam badan.
4 SERBUK MUTIARA:
Sejenis bahan yang didapati daripada lava gunung berapi. Mempunyai kuasa anti-graviti dan penyerapan yang tinggi.
5 SILIKA TULEN
Span silika yang bermutu tinggi. Juga mempunyai fungsi edaran bebas radikal yang baik.
6 DEKSTRIN:
Karbohidrat larut air yang boleh menyerap air untuk mempertingkatkan fungsi ramuan lain.
7 ASID GLIKOLIK
Bahan yang wujud secara semulajadi dalam tebu. Digunakan untuk mempertingkatkan fungsi bahan-bahan lain.

No comments: